OAG ditubuhkan pada tahun 1992. Pada ketika itu kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli, iaitu Radhi (vokal dan gitar), Chi (dram), Ivan (gitar), dan Lam (bass). Pada asalnya OAG dikatakan mewakili "Old Automatic Garbage" tetapi kemudiannya ditukar menjadi Orang Asia Genius.
Pada tahun 1995, Lam dan Ivan meninggalkan OAG atas sebab melanjutkan pelajaran. Mereka diganti pula oleh Adin (gitar) dan Edmund (bass).
Kejayaan OAG terbukti apabila mereka memenangi anugerah Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 1996. Video klip 60's TV juga dicalonkan sebagai Video Klip Terbaik. Klip tersebut pernah berada di tangga keempat selama enam bulan berturut-turut dalam rancangan Chart Show's Best yang ditayangkan di MetroVision pada tahun 1996.
OAG juga diberi penghargaan untuk mendendangkan lagu tema Kejohanan Remaja Sedunia FIFA/Coca Cola ke-9 yang diadakan pada 16 Jun 1997 di Malaysia. Lagu yang bertajuk Name Of The Game ini digubah oleh Radhi dan liriknya ditulis oleh Paul Moss.
Pada tahun 2000-an, OAG mula menceburi persada lagu berbahasa Melayu, bermula dengan album album Opera Radhi-o Friendly (2002) diikuti dengan Satelit Ink (2005). Pada tahun 2005, kumpulan ini juga diberi peluang merakamkan lagu tema Generasiku bagi filem Gol & Gincu dan siri televisyen susulannya.
Pada tahun 2006, OAG memutuskan untuk meninggalkan EMI atas sebab kebebasan kreativiti,setelah merakamkan album terakhir bersama label tersebut, OrAnG. Pada tahun 2006 mereka dipilih untuk membantu mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007 di London.
Pada tahun 2007 mereka terlibat dalam pertandingan Nokia You Make It Reel!. Lagu mereka telah digunakan oleh peserta iaitu pengarah video muzik untuk menghasilkan video untuk lagu mereka dan memenanginya. Pada tahun yang sama mereka menjuarai kategori kumpulan muzik di Ikon Malaysia.
"Akustatik"
"Nowwhy2"
"60's TV"
"Beautifool"
"Knocked Silly"
"Nowwhy2"
"Slumber"
"Merdayka"
Radhi (vokal)Haifizul Azim (gitar)Muhamad Nizam
Bekas ahli
Chi (dram, 1992-99, 2002)Lam (bes, 1992-95)Ivan (gitar, 1992-95)Adin (gitar, 1995-99)Edmund (bes, 1995-99)Alim (gitar, 2000-2005)Niki (bes, 2000)Farid (dram, 2000)Andy (gitar, 2001)Miji (bes, 2001)Bakri (dram, 2001)Edwin (2002)Naza (2002-2005)David (gitar, 2002)Rizal (dram, 2002)Orange (gitar, 2002)Jim (gitar, 2003-05)Attan (dram, 2003